Portugal berjaya menjadi Juara Bolasepak Euro2016 buat kali pertama sepanjang pembabitan mereka di dalam pertandingan Bolasepak Euro. Kali terakhir Portugal mara ke Final Euro adalah pada 2004 tetapi tewas kepada pasukan Greece. Portugal tuan rumah pada tahun itu.
Perlawanan akhir Euro2016 menemukan Portugal dengan pasukan France. Perlawanan berlangsung di Stade de France, Saint-Denis pada 10/07/2016 jam 9pm waktu France (3AM 11/07/2016 waktu Malaysia - Siaran Langsung di Astro saluran 841). Pada perlawanan itu Portugal menewaskan France 1-0 hasil jaringan cantik Eder pada masa tambahan iaitu pada minit ke 109.
Nak belajar buat Coklatwrapper?
Klik
Pada perlawanan separuh akhir, Portugal menumpaskan Wales 2-0 ,
Germany pula tewas kepada France 0-2.
Pada suku akhir, Poland kalah kepada Portugal 3-5 pada penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 sehingga ke masa tambahan. Keputusan lain:
Wales 3-1 Belgium ,
Germany 1-1 (6-5 penalti) Itali ,
France 5-2 Iceland
Nak belajar buat Coklatwrapper?
Klik
Pada pusingan 16 pasukan, Croatia tewas kepada Portugal 0-1 hasil jaringan Quaresma pada masa tambahan minit ke 117. Keputusan lain:
Switzerland 1-1 (4-5 penalti) Poland ,
Wales 1-0 Northern Ireland ,
Hungary 0-4 Belgium ,
Germany 3-0 Slovakia ,
Italy 2-0 Spain ,
France 2-1 Republic of Ireland ,
England 1-2 Iceland
Pada Euro2016, 24 pasukan bertanding di bahagikan kepada 6 kumpulan (Group A , Group B , Group C , Group D , Group E , Group F). Portugal berada di Group F. Pada peringkat kumpulan, pasukan Portugal hanya berada pada kedudukan ketiga kumpulan. Portugal SERI pada ketiga-tiga perlawanan kumpulan F.
Portugal 1-1 Iceland
Portugal 0-0 Austria
Portugal 3-3 Hungary
Portugal layak ke pusingan 16 pasukan sebagai pasukan ketiga terbaik di dalam kumpulan pasukan ketiga terbaik setiap kumpulan.
Nak belajar buat Coklatwrapper?
Klik
Juara Euro sejak 1960. Credit Euro2016.com
Penjaring gol Eder dan Ronaldo. Credit Euro2016.com