SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan
meninggal dunia pagi ini di Hospital Stanford University Amerika
Syarikat.
Berita sedih itu disampaikan melalui akaun Facebook rasmi milik Allahyarham, sebentar tadi.
“Assalamualaikum. Sesungguhnya Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah.
“Semoga ALLAH SWT mengurniakan keampunan, kerahmatan dan nikmat syurga
yang kekal abadi,” seperti yang dimuatnaik di akaun Facebook itu.
Malam tadi, Allahyarham dikatakan berada dalam keadaan kritikal berikutan masalah jantung yang dihidapinya.
Sementara Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu
pihaknya menerima berita pemergian Mursyidul Am Pas itu kira-kira jam
10.10 pagi tadi.
“Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron
Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University AS.
“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmatNya dan mengampuni Allahyarham Tuan
Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Amin
Ya Rabbal Alamin,” katanya.
Katanya, maklumat lanjut akan menyusul kemudian daripada pihak keluarga Allahyarham.
Pada April 2012, Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan
jantung di Amerika Syarikat dan awal tahun ini Allahyarham juga beberapa
kali menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Al-Fatihah.
BERITA pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din
yang diterima pagi Jumaat cukup dirasai seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira agama dan bangsa.
Ucapan takziah dan rasa sedih dikongsi tanpa henti di media sosial sejak berita pemergiannya diketahui umum.
Tidak terkecuali barisan pemimpin Pas yang turut sempat mengutus doa dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa dukacita dan
takziah melalui kemas kini status di Facebooknya sebaik sahaja menerima
berita sedih itu, hari ini.
“Mewakili Pas saya melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga
Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Mursyidul Am Pas yang telah kembali ke
rahmatullah di Hospital Stanford University, AS.
“Ya ALLAH, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia,” tulis beliau.
Sementara, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini
masih berada di tanah suci turut berkongsi kesedihan sama.
“Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita akan kembali...
"Semoga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin,” katanya.
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula turut memanjatkan doa agar ALLAH mengampuni dan merahmati Allahyarham.
“Takziah buat keluarga dan sanak saudara. Semoga dikurniakan kesabaran dan kekuatan menghadapi saat yang sukar dan sedih.
“Matinya orang alim, matinya alam. Mari kita hidupkan alam ini dengan
ilmu dan iman. Ambillah ilmu daripada ahli ilmu. Ambillah takwa
daripada ahli takwa. Ambillah istiqamah daripada ahli istiqamah.
Ambillah qudwah daripada ahli qudwah,” ujarnya.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani pula mencoret, beliau masih terbayang-bayang senyuman Allahyarham.
“ALLAH lebih menyayangi beliau, Innalillahiwaiinailaihirajiun. Alam ini
menjadi sayu lagi, tiada kata yang mampu diucap, tiada kalimah yang
mampu dibaitkan lagi. Kembalilah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron
Din di pagi Jumaat ini, saat jam 10.10 minit pagi tadi.
“Saya masih ingat senyuman yang terukir indah, saat saya bercerita
tentang umur insan ini..."nyawa kita ini dalam genggamanNya...doakanlah
saya" tuturnya dengan lafaz yang sayu... moga ALLAH merahmati dan
letakkan beliau dalam kalangan hambaNya yang soleh. Innalillah,”
tulisnya.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Hospital
Stanford University Amerika Syarikat, pagi ini akibat komplikasi
jantung yang kritikal.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Din dan lima
cahaya mata. Allahyarham mula menjawat jawatan sebagai Musryidul Am Pas
tahun lalu selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal
dunia.
Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik
sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (1975-1983). Allahyarham juga
pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahli Majlis Syura
Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.
Sumber - sinarharian.com.my
Kota Bharu:Kepimpinan Majlis Syura Ulama PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata, pemergian
Allahyarham amat menyedihkannya dan seluruh pendokong serta penyokong
PAS.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, pembabitan
Allahyarham dalam PAS memberi kekuatan kepada parti khasnya ketika
beliau mengemudi Majlis Syura Ulama sebagai Mursyidul Am.
"Sesungguhnya Almarhum Tuan Guru adalah ulama besar dan menjadi rujukan ummah dalam pelbagai bidang ilmu.
"Agak sukar menemui insan yang sangat peramah dan berprinsip seumpama beliau khasnya dalam menjulang tinggi agama Allah.
"Saya dan seluruh kepimpinan Majlis Syura Ulama merakamkan takziah
kepada keluarga Almarhum Tuan Guru dan bersabarlah di atas berita
ini.Semoga Allah menempatkan Almarhum bersama para Auliya, Syuhada dan
Solehin di syurga firdaus tertinggi," katanya dalam satu kenyataan media
tadi.
Sumber - hmetro.com.my
Kangar: Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din memberi
amanat kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan di Perlis untuk
dirinya dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) sekiranya ditakdirkan dia
meninggal dunia di sana.
Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, amanat atau
pesanan berkenaan disampaikan oleh Allahyarham sendiri di Pusat Rawatan
Darussyifa, Santan, Kangar sebelum berlepas ke AS pada 10 September
lalu.
"Amanat itu disampaikan oleh beliau kepada kami sebagai persediaan
sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada dirinya kerana ini
adalah kali keenam beliau menjalani pembedahan," katanya ketika
dihubungi Harian Metro, tadi.
Shukri berkata, sehubungan itu, PAS Perlis akan mengadakan solat
jenazah ghaib di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar
bermula pada jam 7 malam ini.
"Kita dalam PAS Perlis berasa kehilangan yang besar dalam seorang
tokoh dan ulama yang disegani di negara ini serta antarabangsa," katanya
lagi.
Malah, beliau menjemput semua rakyat Perlis tanpa mengira fahaman
politik dapat bersama-sama mereka mendoakan kesejahteraan roh
Allahyarham.
Sumber - hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, negara kehilangan tokoh
Islam yang banyak berjasa berikutan kembalinya ke rahmatullah Mursyidul
Am PAS Datuk Dr Haron Din jam 10.05 pagi ini.
Perdana Menteri berkata, Allahyarham inginkan Malaysia menjadi negara Islam yang makmur.
"Terima berita sedih Tuan Guru Haron Din telah kembali ke rahmatullah.
"Kita kehilangan tokoh Islam banyak jasa.
"Saya rapat dengan beliau, kami inginkan Malaysia negara Islam
makmur. Semoga roh Allahyarham dikurniakan 'husnul khotimahdan
al-Jannah', al-Fatihah," kata beliau dalam catatan terkini laman sosial
Twitter peribadinya sebentar tadi.
Pemimpin tertinggi PAS itu meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California jam 10.05 pagi tadi (waktu Malaysia).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan
perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada keluarga
Allahyarham Tuan Guru
Sumber - hmetro.com.my
TG Datuk Dr Haron Din: Istiqamah hingga akhir hayat
TUAN Guru Datuk Dr. Haron Din dilahirkan pada hari
Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut
kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang
Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga
perempuan.
Beliau dibesarkan dalam kalangan keluarga yang kuat
mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran
yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah
anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.
Mempunyai
seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik
perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal
iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan
bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din.
Ustaz
Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri.
Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali.
Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah,
Kelang Selangor.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam
Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi
Kolej dengan cermerlang kemudian telah menerima hadiah Biasiswa
Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir
(1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya
memperoleh M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan
Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams.
Setelah memperolehi Ijazah
Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru
agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali
semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor
Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada
Universiti Darul-Ulum Kaherah (1972-1974).
Pulang ke tanah air
dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan
Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
(1977-1985). Pada tahun 1986 beliau dinaikan pangkat Profesor.
Selain
itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah,
CIMB; Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia; Majlis Penasihat
Syariah, Suruhanjaya Sekuriti; Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor;
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan; Pengerusi
Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat
Syariah, Public Bank Bhd; Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis; dan Ahli
Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Dalam
politik beliau menjawat pelbagai jawatan dalam PAS sebagai Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983); Ketua Penerangan PAS Pusat;
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS; Timbalan Mursyidul Am PAS dan yang
terakhir ialah Mursyidul Am PAS hingga ke akhir hayatnya. –
HARAKAHDAILY 16/9/2016
Sumber - harakahdaily.net.my
Sama-samalah kita sedekahkan AL-Fatihah.
Jenazah Haron Din selamat dikebumikanKUALA LUMPUR: Jenazah Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS), pada jam 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi. Perkembangan itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Dr Huda Haron, menerusi catatan di akaun rasmi Facebook atas nama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din. Terdahulu, keluarga Allahyarham memutuskan untuk menyempurnakan urusan pengebumian di California, seperti mana pesanan Mursyidul Am PAS itu. "Baba akan disemadikan di California. Kami ada beberapa pilihan termasuk pilihan untuk membawa baba balik ke Malaysia. Semua pilihan ada pros & kons. Kami berbincang dan menimbang semua pros & kons. Bukan mudah untuk kami membuat keputusan. Hati amat berat.
"Kami memilih untuk menguruskan jenazah baba dengan sempurna dan cepat. Baba berpesan beberapa kali kepada kami bahawa di mana dia menghembus nafas terakhir, di situ dia bersemadi. Maka kami akan kebumikan baba di California." Haron, 76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi semalam waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, AS akibat komplikasi jantung. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. Mengikut catatan Dr Huda pada jam 11.40 pagi waktu tempatan (2.40 pagi waktu Malaysia), jenazah bapanya dimandi dan dikafankan di Masjid An Noor, Santa Clara. "Jasad mulia baba sedang disempurnakan di Masjid An Noor, Santa Clara sekarang.
Solat jenazah di Masjid Muslim Community Association selepas solat Jumaat hari ini sebentar lagi. Akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore," katanya. Urusan menyempurnakan jenazah selesai pada jam 1.10 tengah hari waktu tempatan (4.10 pagi waktu Malaysia) dan menurut Dr Huda, segala-galanya dijalankan dengan penuh penghormatan, maruah serta kasih sayang. Jenazah Haron tiba di Masjid Muslim Community Association pada jam 1.25 tengah hari waktu tempatan (4.25 pagi waktu Malaysia), Seorang lagi anak Allahyarham, Najmi Haron, berkongsi catatan memaklumkan solat Jumaat dan solat jenazah selesai pada jam 2.21 petang waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia), dengan merujuknya sebagai `perjalanan yang semakin hampir ke pengakhiran'. Dr Huda turut memuat naik entri pada jam 2.24 petang waktu Malaysia (5.24 pagi waktu Malaysia) dan memaklumkan solat jenazah diimamkan oleh adiknya, Hamdi Haron, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. "Berebut2 jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami.
Terpana!!! Tidak sangka. Tidak pernah bersua. Tidak pernah bersapa. Tidak kenal siapa. Cumaa ukhuwwah fillah. Hangatnya persaudaraan di sini.." Pada jam 2.36 petang waktu tempatan (5.36 pagi waktu Malaysia), Dr Huda memuat naik dua keping gambar berupa kereta yang membawa jenazah Allahyarham bapanya ke tanah perkuburan. "Sedang mengiringi dan menemani baba dalam perjalanan terakhir baba diatas bumi Allah dialam ini.. "Ya Allah!! Pastinya kerinduan yang tak terungkapkan dengan kata2. Kami bakal menyusul baaa... Nantikan kami yaa.. Rehat yaa baaa..," tulisnya. Entri bernada penuh emosi itu mendapat lebih 2,000 komen, dengan hampir semuanya berkongsi kesedihan. Tiga keping gambar pemandangan sepanjang laluan ke tanah perkuburan menyusul pada jam 2.51 petang waktu tempatan (5.51 petang waktu Malaysia), dengan Dr Huda mengimbau kenangan bersama Haron di Bukit Uhud, Madinah. "Baa... Ini kali terakhir kita berjalan bersama baba dialam ini Baa.. Indah sungguh pemandangan di kiri kanan menuju ke tempat rehat baba. "Allah pilih disini Baa.. Persis memori tika menikmati keindahan bukit Uhud. Seolah bukan di bumi California, seakan kami di bumi anbiya'," katanya.
Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore pada jam 4.20 petang waktu tempatan (7.20 pagi waktu Malaysia) dan Dr Huda menyifatkan persekitarannya sebagai damai, indah dan tenang, namun tetap sebak melalui detik itu. Entri Dr Huda pada jam 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia) memaklumkan urusan pengebumian selesai disempurnakan dengan bantuan pelbagai pihak. "Alhamdulilahh.... Tempat rehat baba dan bersemadinya jasad baba yang mulia. Sempurna dengan bantuan insan2 yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima Kasih dari kami sekeluarga," katanya. Najmi memuat naik tiga keping gambar pada jam 6 petang waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) yang memaparkan kawasan tanah perkuburan tempat jenazah bapanya dikebumikan. "Berakhirlah perjalanan didunia yang fana, rehatlah baba di taman-taman syurga Allah...Insyaallah kita akan bertemu baba.... Insyaallah," katanya.
Sumber bharian.com.my Sabtu, 17 September 2016 @ 9:27 AM
Alhamdulillah.
KUALA LUMPUR: Jenazah
Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five
Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS), pada jam 5.57
petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Dr Huda Haron,
menerusi catatan di akaun rasmi Facebook atas nama Tuan Guru Dato' Dr
Haron Din.
Terdahulu, keluarga Allahyarham memutuskan untuk menyempurnakan urusan
pengebumian di California, seperti mana pesanan Mursyidul Am PAS itu.
"Baba akan disemadikan di California. Kami ada beberapa pilihan termasuk
pilihan untuk membawa baba balik ke Malaysia. Semua pilihan ada pros
& kons. Kami berbincang dan menimbang semua pros & kons. Bukan
mudah untuk kami membuat keputusan. Hati amat berat.
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/193435