Menerima tempahan coklat wrapper @ chocolate wrapper untuk majlis pertunangan,perkahwinan,harijadi,hari keluarga,hari ulangtahun,hari perpisahan serta sebarang majlis. Email coklatbar@gmail.com atau sms 017-2135663 untuk pertanyaan dan tempahan. Harga RM1.50 (saiz 4cm x 7.5cm), RM2.00 (saiz 3cm x 12.5cm), RM3.00 (saiz 6cm x 12.5cm), minimum order 50 coklat wrapper. (Coklat Wrapper = Coklar Bar + Wrapper), Halal,Bersih dan Sedap. Cuba sekali, pasti nak lagi.
Wednesday 18 May 2011
Coklat/Chocolate Wrapper - Selamat Hari Guru
Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Sham The Coklat Wrapper mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan bekas guru di seluruh Malaysia. Tanpa guru tiadalah bijak pandai di masa ini dan akan datang.
Untuk tempahan coklat wrapper:
Saiz Coklat Bar: 3.5cm x 7cm
Berat Coklat Bar: 20gm
Harga: Coklat Bar + Wrapper = RM1.50
Minimum Order: 50 Coklat Wrapper.
Pesanan hendaklah seminggu awal dari tarikh majlis.
Design Wrapper PERCUMA.
Penghantaran Lembah Klang PERCUMA.
Tempahan/Pertanyaan email ke coklatbar@gmail.com atau sham.d.art@gmail.com
Berminat belajar buat coklat sendiri? Rasakan kepuasan membuat coklat sendiri di rumah. Klik banner di bawah:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment